Thursday, November 29, 2018

TOKOH MATEMATIK DAN TEORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TOKOH MATEMATIK DAN TEORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TOKOH MATEMATIK

1)JEAN PIAGET


  1. peringkat sensori motor (0-2 tahun)
  2. peringkat pra-operasi (2-7 tahun)
  3. operasi konkrit (7-12 tahun)
  4. operasi formal (12 ke atas)
SKEMA
-proses mencipta memperhalus,membuat perubahan menyusun&mengurus

ASIMILASI
-menambah maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada tanpa ubahsuai

AKOMODASI
-menyesuaikan diri,mengubah dan memahami maklumat baru mengikut skema

ADAPTASI
-menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian 

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

  • memahami perkembangan kognitif pelajar. oleh itu,pdp hendaklah dilaksanakan berpandukan tahap pemahaman murid
  • murid memerlukan aktiviti'hand on' dan eksplorasi aktif.
  • pelbagai bahan bantu mengajar (BBM)digunakan semasa proses pdp.
  • pdp hendaklah diperringkatkan dimana setiap topik perlu disusun dari aras yang senang ke susah.
  • contoh-contoh konkrit dan analogi digunakan bagi memudahkan pemahaman murid terhadap isi pembelajaran.
2)JEROME BRUNER

  • teori bruner adalah ungkapan piaget - kanak-kanak berperanan secara aktif di dalam kelas.
  • konsepnya belajar dengan menemui/meneroka (discovery learning)
  • guru beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi penyelesai masalah (problem solver)
3 PERINGKAT MENURUT BRUNER

terdapat 3 peringkat iaitu;
  1. ENAKTIF
  2. IKONIK
  3. SIMBOLIK
  • ianya merujuk kepada penggunaan bahan 'hands-on' yang bersifat manipulatif dalam kelas matematik.
  • pengajaran seharusnya mempunyai 3 perkara utama dalam memberi perspektif tentang proses pengajaran, iaitu;
  1. beri penjelasan tentang pengalaman spesifik bagi menimbulkan motivasi pelajar untuk belajar secara keseluruhan & belajar subjek spesifik seperti matematik.
  2. penyusunan bahan pengajaran mengikut turutan untuk merangsangkan pembelajaran.
  3. pemilihan & penyusunan ganjaran & denda yang berpatutan dalam proses pengajaran.

ENAKTIF (0-2 TAHUN)
  • guna deria motor&deria yang lain untuk meninjau & memahami persekitaran
  • pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak
IKONIK (2-4 TAHUN)
  • pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir
  • menggambarkan imej dalam fikiran mereka
SIMBOLIK (5-7 TAHUN)
  • kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa
  • penggunaan konsep dan bahasa berkembang
  • boleh memanipulasi simbol
FASA-FASA PROSES BELAJAR

FASA PENERIMAAN INFORMASI@PENERIMAAN MATERIAL
FASA TRANSFORMASI
FASA PENILAIAN MATERIAL

4 PRINSIP/TEOREM PEMBELAJARAN MATEMATIK BRUNER
  1. PRINSIP PEMBINAAN
  • Membina sendiri perwakilan yang sesuai melalui aktiviti konkrit (cth;latihan
      2.PRINSIP NOTASI
  • Notasi matematik yang digunakan harus bersesuaian dengan peringkat perkembangan intelek pelajar terutamanya dalam pembinaan/perwakilan awal
  • Notasi-satu set sistem lambang bertulis untuk mewakili satu sistem pemikiran seperti muzik,matematik dsb.(kamus dewan edisi keempat)
      3.PRINSIP PERTENTANGAN DAN VARIASI
  • Kemajuan menggunakan perwakilan konkrit kepada perwakilan abstrak melibatkan proses pertentangan & variasi
  • Kebanyakkan konsep matematik ditakrifkan beraraskan sifat bertentangan. (cth; konsep darab dengan konsep bahagi, nombor bulat dengan nombor ganjil dsb.)
      3. PRINSIP PERSAMBUNGAN
  • Setiap konsep,prinsip dan kemahiran matematik adalah berkaitan dengan konsep,prinsip,atau kemahiran lain.
  • Saling berkaitan antara satu sama lain.
IMPLIKASI TEORI KOGNITIF BRUNER KEPADA PDP
  • Guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid meneroka seperti projek,lawatan dan kajian luar.
  • Gunakan gambar,carta dan objek bagi memudahkan pembentukan konsep.
  • Hukum dan prinsip hendaklah ditekankan supaya murid berupaya mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah.
  • Kerja kumpulan dan perbincangan hendaklah dikendalikan.
  • Pengetahuan perlu disusun dan dipertingkatkan agar pembentukan konsep bermula dari yang mudah kepada yang susah.
  • Mengambil kira kesediaan murid untuk belajar
  • Mewujudkan peluang untuk murid menyusun,menganalisis dan membuat sintesis.
3)LEV VYGOTSKY

  • Menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekanannya pada lingkungan sosial pembelajaran.
  • Vygotsky(1978) states: "Every function in the child'scultural development appears twice:first,on the social level,and later,on the individual level"
SCAFFOLDING
  • Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses
  • Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri

Wednesday, November 28, 2018

PENGELASAN MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGELASAN MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PENGELASAN 

  • aktiviti mengumpul objek@kumpulan yang mempunyai ciri yang sama
  • kanak-kanak diajar tentang pemilihan, pengasingan dan pengelasan
PENGENALAN
  • pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya
  • tujuannya adalah untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezan
PENGELASAN boleh dilakukan berdasarkan kepada;

  • Satu ciri
  • Dua ciri
  • Tiga ciri
  • Negatif
Contoh satu ciri

Contoh dua ciri

Contoh tiga ciri

Contoh ciri negatif




TAHAP-TAHAP PROSES PENGELASAN

  1. memilih dan membanding
  2. mengumpul
  3. memilih semula
  4. mengasingkan kumpulan
  5. memilih berdasarkan fungsi kegunaan
-kemahiran ini akan membantu kanak-kanak membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

Monday, November 26, 2018

LAMPIRAN KERJA MATEMATIK






MENGENAL OBJEK

MENGENAL OBJEK DALAM MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

MENGENAL OBJEK
  1. Memahami kemahiran fizikal,sosial dan intelektual kanak-kanak berkembang secara serentak
  2. Kanak-kanak mengenali dan menamakan objek yang dilihat atau dipegang
  3. Kanak-kanak bermain dengan alat yang pelbagai warna,saiz dan bentuk dan mempelajari ciri matematik seperti mengatur,menyusun dan menyimpan alat-alat

1) WARNA
  • Memperkenalkan kepada kanak-kanak pelbagai jenis warna (warna asas)
  • Jenis warna dapat mempengaruhi dalam setiap pembelajaran yang berlaku.
  • Warna yang lebih terang/cerah akan lebih menarik minat dan juga perhatian terhadap kanak-kanak





2) BENTUK
  • Memperkenalkan bentuk yang berada di dalam persekitaran kanak-kanak
  • Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan jenis bentuk




3) SAIZ
  • Mengenal jenis saiz yang ada
  • Cth:besar/kecil
  • Panjang/pendek

4) JENIS
  • Konkrit vs bukan konkrit



Sunday, November 25, 2018

SERIASI

SERIASI
  • Kanak-kanak akan diajar untuk memilih dan menyusun objek-objek mengikut ciri warna
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri bentuk
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri saiz
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut kuantiti
PENGENALAN
  • Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan
  • Susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas
  • Perbandingan adalah konsep asas seriasi;melibatkan aktiviti membandingkan iaitu lebih daripada dua objek & seterusnya menempatkan objek-objek tu dalam satu urutan kecil besar dan mula hingga akhir
  • Bertujuan untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain/konsep matematik yang lain
  • Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan
OBJEKTIF
  • Memastikan kanak-kanak dapat menyusun mengikut urutan yang betul
  • Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi mengelas

Contoh aktiviti seriasi
  1. Menyusun wang
  2. Menyusun pensil
  3. Membina kubus





















Saturday, November 24, 2018

PENGENALAN MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

-BI istilah'mathematics'  sebenarnya berasal daripada bahasa latin (yunani) iaitu"matehematicus'

PENGENALAN
  • menurut MOK SOON SANG (1995),matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbol (nombor,bentuk)
  • bahasa matematik satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaaakulan
  • kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian(NOR AZLAN,1987)
  • asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna,saiz, dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasikan nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka
KONSEP YANG BOLEH DIBENTUK MELALUI MATEMATIK:
  • mengelaskan dan memadankan objek; melalui aktiviti mengasing dan menyusun barang mainan dan objek lain.
  • mengenal ciri seperti warna,saiz,bentuk;melalui aktiviti memerhati,menyentuh serta angkat objek
  • mengenal nama nombor;apabila mereka mendengar pertuturan,cerita,menyanyikan lagu/pantun kanak-kanak
  • menentukan nilai nombor;melalui aktiviti memilih,membanding dan mengumpul objek
OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK
menurut kurikulum prasekolah kebangsaan 2003),objektifnya seperti berikut;
  1. mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak
  2. memberi peluang memegang,meneroka bahan,mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik
  3. menyendari konsep ruang,masa dan menggunakan simbol
  4. memberi peluang menggembangkan kemahiran mengelas,membanding,turutan,menyukat,graf,membilang dan operasi nombor





Saturday, November 17, 2018

FAHAM EMOSI

MEMAHAMI DAN MENGURUS EMOSI SENDIRI

DEFINISI
  • Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial dan emosi akan dapat mengenal perasaan dan menguasai diri sendiri terutama apabila berhadapan dengan sebarang masalah dan situasi uyang menimbulkan kekeliruan kepada mereka.
-melalui mimik muka
-penyoalan
-menanda ikon-ikon
-melaui aktiviti simulasi kanak-kanak  dapat menunjukkan ekspresi/ mimikm muka betul -melaui aktiviti nyanyian /puisi
-pemerhatian tingkah laku semasa interaksi dengan pelejar -p&p aktiviti main dan rehat
-menilai hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan, kerja tangan, buku kecil

CARTA EMOSI

JENIS -JENIS EMOSI
  1. POSITIF
  • Perasaan gembira dan seronok
  • perasaan bersemangat
    2.NEGATIF
  • Perasaan takut 
  • perasaan marah 
  • perasaan cemas 
  • perasaan sedih
EMOSI POSITIF

perasaan gembira dan seronok
  • merupakan satu bentuk emosi yang melahirakan rasa riang,senag hati dan bersukacita.
perasaan bersemangat
  • perasaan yang benar-benar teruja untuk melakukan sesuatu perkara yang diinginkan
EMOSI NEGATIF

Emosi takut
  •  Prof Madya Dr Ab Aziz Mohd Zin pensyarah di Akademi pengajian Islam Universiti Malaya telah menjelaskan bahawa emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia 
  • emosi takut telah mengibaratkan ia sebagai yang menikam dan terbakar di dlam hati di sebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini.
  • manusia akan merasa takut apabila berhadapan dengan perkara yang memberhaya dan kemudaratan.
Emosi marah
  • emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
  • kebiasaanya ia diiringioleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah anggota badan menggeletar,pergerakan dan pertuturan bercelaru
  • kadang kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian ,deraan ,kutukan dan dendam.
Emosi sedih
  • emosi sedih akan timbul bilamana seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggeliusahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit
  • emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. justeru , apabila seseorang bersa sedih dia hendkalah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya
CARA MENGATASI EMOSI
  • Melakukan aktiviti yang menyeronokkan 
  • melibatkjan semua kanak-kanak dalam setiap aktiviti
  • tidak pilih kasih'
  • berlaku adil dalam p&p tanpa mengira tahap kemampuan kanak-kanak
  • memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri  dalam aktiviti yang dirancang
MENGURUS EMOSI

  1. aktiviti nyanyian dan pergerakkan -melahirkan perasaan gembira,seronok,ingin tahu, berkerjasama, di kalangan kanak-kanak
  2. permainan lego - kanak-kanak boleh melahirkan kreativiti dan imaginasi melaui aktiviti secara bebas
  3. pondok main peranan- mewujudkan dan meneysuaikan diri denganrakan sebaya
MEMUPUK EMOSI YANG POSITIF

  • MENEROKA NILAI-NILAI MURNI-contoh aktiviti projek dlam membuat sandwish
  • BERKOMUNIKASI DENGAN YAKIN-contoh meminta dan memberi peluang kepada kanak-kanak tampil kehadapan dan menceritakan pengalaman ataupun situasi yang mereka pernah alami
  • MEMBINAKEBOLEHAN MENGAWAL DIRI-contoh berkerjasama ketika melakukan aktivit luar kumpulan seperti berkebun
  • KEPENTINGAN MENGUBAH EMOSI
  1. Kanak-kanak rasa gembira 
  2. lebih berkeyakinan
  3. bertanggungjawab
  4. berfikitran positif
  5. berdikari
  6. memupuk semangat kekitaan
KESIMPULAN

Emosi merupakannbentuk yang berbeza yang terdiri daripada  emosi bebrbentuk suka,sedih,marah,malu,takut,dan sebagainya,emosi berkembang keran mortif/motivasi yang lahir dari diri manusia .motivasi dan emosi adalah saling berhubungan iaitu apabila motivasi berada dalam keadaan buruk maka emosi manuisa itu akan menjadi buruk dan sebaliknya,kesihatan manusia adlah bergantung kepada kecerdasan atau kesihatan emosi.sekiranya emosi individu itu tidak baik dan dalam keadaan terganggu, ia sedikit sebanyak menggangu tahap kesihatan individu tersebut. oleh itu,pengurusan emosi yang baik perlu dilakukan oleh manusia tidak kra usia,

Friday, November 16, 2018

TERAPI BERMAIN KANAK-KANAK

TERAPI BERMAIN
  • main dan perkembangan kanak-kanak sejak lahir, bermain merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek:
          -fizikal
          -intelek
          -sosial
          -emosi
          -rohani

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK YANG OPTIMUN

3 KRITERIA PENGALAMAN KANAK-KANAK
  •  pembelajaran melalui pengalaman langsung
  • penglibatan diri secara aktif
  • kebebasan belajar berdasarkan ,gaya belajar,baya berfikir ,minat dan masa yang mencukupi
KONSEP BERMAIN DAN CIRI-CIRINYA

  1. Aktiviti yang bermotivasikan intrinsik dan dilaksanakan semata -mata untuk kepuasan 
  2. dipilih secara rawak mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa 
  3. membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan
  4. mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan bermain 
  5. aktiviti fizikal atau psikologi atau kedua-duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.
JENIS-JENIS BERMAIN
  • main diri- sendiri (solitary play) -aktiviti fizikal /psikologi/kedua-duanya. dilaksanakan bersendirian dan berimaginasi.
  • main selari (parallel play)- 2 atau lebih kanak-kanak tapi main asing-asing/bersendirian tapi di tempat,masa dan aktiviti yang sama,
  • main asosiatif (associotiive play) - 2 orang atau kumpulan kanak-kanak,pola main yang sama tapi berasingan melibatkan kerjasam dan komunikasi, pinjam atau gilir -gilir bermain jalankan aktiviti main.
  • main koperatif (cooperatif play) - 2 atau lebih kanak-kanak libatkan diri, matlamat tertentu berkerjasam
DEFINISI TERAPI BERMAIN
  • Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses interpersonal
  • terapi bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik bermain,untuk menolong klien mencegah atau mneyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbunhan dan perkembangan optimun.
TUJUAN TERAPI BERMAIN
  • Mengendalikan masalah yang menggangu perkembangan normal kanak-kanak 
  • meningkatkan tahap tumpuan
  • kurangkan maslah tingkah laku dan emosi 
  • meningkatkan kebolehan mengawal keresahan dan perasaan hampa serta keupayaan untuk mempercayai dan berhubung dengan orang lain,
  • meningkatakan tahap keyakinan diri
  • meningkatkan kefahaman diri tentang matlamat hidup
  • meningkatkan kemhiran komunikasi dan kefahaman di anatara ibu bapa dengan anak-anak
JENIS JENIS TERAPI BERMAIN

  • NON-DIRECTIVE
  • DIRECTIVE
  1. NON -DIRICTIVE
  • dimana kanak-kanak itu memutuskan apa yang perlu dilakukan dalam sesi tersebut, dlam lingkungan kawasan yang selamat.

     2.DIRICTIVE
  • di mana ahli terapi memimpin perjalanan terapi atau kedua-duanya. terapi bermain ini amat berkesan dengan kanak-kanak yang tidak boleh, atau tidak mahu bercaka[p tentang masalah  mereka
CARA MELAKSANAKAN TERAPIU BERMAIN
  • Kenal pasti kanak-kanak yang boleh diberi manfaat daripada terapi bermain
  • buat keputusan untuk sesi berasingan atau duduk bersama dengan kanak -kanak 
  • dapatkan bahan-bahan untuk sesi tersebut
  • letakkan bahan di tempat yang mudah di ambil dan selamat.
  • berjumpa dengan murid dan memperkenalkan kepada kawasan permainan 
  • beritahu tentang tempoh sesi (30-60 min) 
  • benarkan kanak-kanak pilih bahan sendiri
  • beritahu masa telah tamat dan simpan bahan ke tempat asalnya
  • beritahu murid tenpoh masa yang tinggal
  • gunakan teknik refleksi sebagai respon kepada komen murid.
BAHAN-BAHAN TERAPI BERMAIN

  • BAHAN MANIPULASI ( Tanah liat,krayon,bahan mewarna)



  •  BEKAS AKTIVITI (air dan pasir)
  • ALATAN MAINAN (dapur,perkakasan memasak)
  • ANAK PATUNG
  • SET BLOK(lego)
  • KERETA BOT,BOT ASKAR, BINATANG MAINAN
TERAPI INI BERGUNA UNTUK
  • kanak-kanakyangh berhadapan dengan konflik, perpisahan atau perceraian  ibu bapa
  • kanak-kanak yang telah mengalami trauma (seksual,penderaan fizikal tau emosi)
  • kanak-kanak yang berhadapan dengan isu-isu seperti sakit atau kematian orang yang dikasihi
  • kanak-kanak yang telah menyaksikan keganasan rumah tangga.
  • kanak-kanak yang didiognos dengan masalah kurang tumpuan (ADD/ADHD)
  • kanak-kanak yang telah mengalami kemalangan atau bencana yang serius

Wednesday, November 14, 2018

MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL

TAJUK :MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL

KEPENTINGAN SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK
  1. seseorang kanak-kanak dapat belajar berhubung dengan orang lain cara yang diterima oleh masyarakat dan budayannya.
  2. perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada
a)kemahiran berinteraksi dengan orang lain
b)pembentukan indentiti kendiri
c)penghargaan kendiri dan kawalan kendiri
d)kategori kendiri


3. proses interaksi ini membina serta mengekalkan sussunan atau sturktur masyarakat seperti undang-undang institusi-institusi masyarakat.
4.contohnya guru memainkan peranan yang penting sebagai penyampai maklumat kepada muridnya
5.Interaksi sosial dapat mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas,mengekalkan persahabatan,penyebaran berita dan perniagaan yang dijalankan. dengan ini interaksi sosial sangat perlu dalam kehidupan manusia tidak kira di tabika, disekolah,dikampung dan di bandar.

CARA MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL KANAK-KANAK
  • Ibu bapa
  • Guru
  • Persekitaran
  1. PERANAN IBUBAPA
  • Ibubapa perlu memahami cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan mendidik anak mereka, amalan positif perlu diberi penekana  iaitu:
a)mengurus diridengan baik
b)kasihi anak-anak
c)bimbing anak
d)membela anak mereka
e)memotivasikan anak mereka
f)menjadi teladan kepoada anak-anak

2.PERANAN GURU

a) merupakan ejen perubatan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yan harmonis dan seimbang dari segi JASMANI,EMOSI,ROHANI,INTELEKTUAL,SOSIAL

b)Guru juga perlu bersikap penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan murid yang berilmu ,berketrampilan, berakhlak  mulia, bertanggungjawab  dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

3.PERANAN GURU

c)persekitaran tabika yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan -kemudahan pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotif murid.

4.PERSEKITARAN

a)cabaran zaman moden yang melanda masyarakat kita hari ini seperti pengaruh media cetak dan elektronik serta kemjuan sains dan teknologi dalam era dunia sempadan seperti majalah,suratkhabar, dan televisyen.

b)pengaruh media massa juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap proses pembentukan akhlak dikalangan pelajar.
 

Tuesday, November 13, 2018

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK


A) FAKTOR -FAKTOR YANG MENGPENGARUHI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

-Jenis jenis tingkah laku (positif dan negatif)

B) CARA-CARA MENGATASI TINGKAH LAKU KANKA-KANAK BERDASARKAN 4 MODEL

-Tingkah laku
-Assertive discipline
-Model Glasser
-Model Ginott
-Model Dreikurs
  1. Apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
  2. tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati,diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
  • terdapat dua jenis tingkah laku
  1. tingkah laku positif
  2. tingkah laku negatif 
TINGKAH LAKU POSITIF
  • proses untuk perkembangan kanak-kanak secara seimbang
  • kanak-kanak akan lebih semangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti  pengajaran dan pembelajaran 
  • sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melaui aktiviti yang dijalankan oleh guru.
CONTOH TINGKAH LAKU POSITIF
  • Tingkah laku ingin tahu -sikap ingin tahu yang tinggi terrhadap sesuatu perkara yang dilihat
  •  Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau "catch -up"sesuatu perkara baru dipelajari dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
  • Tingkah laku pintar cerdas-sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir
  • Tingkah laku proaktif-sentiasa menujukkan kesungguhan atau sikap maju kedepan berbanding kawan-kawan yang lain.
FAKTOR TINGKAH LAKU POSITIF
  • BAKA 
  • PENGARUH TADIKA(GURU)
  • KELUARGA
  • RAKAN SEBAYA
TINGKAH LAKU NEGATIF
  • Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menggangu proses pengajaran dalam kelas
JENIS JENIS TINGKAH LAKU NEGATIF
  • tingkah laku merosakkan (destruktif)
  • tingkah laku menggangu (distruptif)
  • pengunduran diri
  • hiperaktif
  • kebimbangan
  • pergantungan berlebihan
FAKTOR TINGKAH LAKU NEGATIF
  • pengaruh rakan sebaya 
  • keadaan fizikal bilik darjah
  • peranan guru
  • keluarga
MODIFIKASI TINGKAH LAKU

merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah laku yang positif melaui intervensi oleh guru  prasekolah semasa interaksi seharian yang berlaku dia kalangan kanak-kanak seperti:

KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
  • PENGURUSAN TINGKAH LAKU -bertindak balas kepda kehendak semula jadi kank-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan 
  • PENDIDIKAN - membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajran 
  • SOSIALISASI -mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kuarang baik dlaam usaha mendapatkan perhatian.,
  1. peneguhan positif :memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam bentuk lisan seperti pujian( cantik,betul,budak baik dan lain-lain) kata-kata perangsang ("saya tahu  anda boleh melakukanya!" dan lain-lain)
SISTEM TOKEN
  • Guru prasekolah boleh menerima token seperti bintang,sticker,gambar,setem dan lain-lain
TIME OUT
  • Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah melakukan sesuatu kesalahan, kanak kanak tidak dibenarkan meneruskan sesuatu aktiviti untuk seketika waktu sehingga dia telah bertenang (cool down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik.
KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
  • Perancangan yang rapi
  • tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku 
  • teknik intervensi yang berkesan 
  • penilaian secara objektif

Monday, November 12, 2018

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK



KONSEP PERKEMBANGAN SOSIAL
  • Teori-teori perkembangan sosial 
  • Teori perkembangan sosial Erikson
  • pandangan behavioris: peniruan dan modelling (Bandura)
  • pandangan konstruktivis: kognisi sosial(piaget,vygotsky)
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
  • Fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.
  • penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid serta mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.
  • perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
  • kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
  • keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,keperluan dan menghormati pandangan orang lain.
  • membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
  • kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan,ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang.
  • sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlalauan tidak baik dipandang oleh masyarakat.
SOSIO-EMOSI
  • dua perkataan iaitu sosial dan emosi 
  • kamus pelajar Edisi pertama -sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
  • kamus Dewan Edisi ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakat.
  • perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
  • terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,pembentukan kendiri,penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. "identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri"(Lewis,1995;Lewis & Books- Gunn,1979).

EMOSI
  • Emosi berasal daripada perkataan G reek iaitu "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar"
  • satu perasaan afektif /berkesan yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
  • ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada persaan emosi
AHLI PSIKOLOGI DAN FISIOLOGI BERPENDAPAT:
  • Emosi melibatkan perasaan,gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi.
  • datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira,sedih,takut marah dan lain-lain.
  • tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dsan emosi negatif pula adalah seperti marah,sedih,kecewa, dan lain-lain.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
  1. Bandura 
  • menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan.
  • berpendapat kanak-kanak meniru tingfkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.
  • cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepda apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat,cara yang paling mendatangkan kepuasaan dan yang telah  dipelajarinya untuk mendapatkan ssesuatu dengan paling mudah dan cepat.
TEORI ERIK ERIKSON
  • menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu -individu di persekitaran kanak-kanak.
  • personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial
  1. IMAN AL GHAZALI
  • Akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan,perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran.
  • ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam  diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirakan  perlakuan  atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu.
  • anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan,perinsip murabaqah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan.
PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
  • Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesustau masyarakat serta budaya
  • melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
  • dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan indentifakasi, aktiviti bermain,perkembangan kognisi sosial,persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
PROSES SOSIOLISASI
  • kanak-kanak mempelajari tradisi,kepercayaan,nilai, dan adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka.
  • mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalakan oleh sesuatu kumpulan sosial.
  • -misalnya ,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
  • ditentukan oleh konteks budaya.
  • tingkah laku sosial bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
  • namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL
  1. Erik Erikson
-Teori perkembangan psikososial Erikson
  • menerangkan perkembangan sosial manusia  sebagai satu siri  perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik
  • individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.
PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBNAGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

AUTONOMI LAWAN KERAGUAN (1 HINGGA 3 TAHUN)
  • kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air,memakai kasut dan sebagainya
  • kanak-kanak diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepda dirinya.
INISIATIF LAWAN RASA BERASA BERSALAH (4 HINGGA 6 TAHUN)
  • kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru, mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.
  • sokongan yang diberi akan mengalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak.kanak- kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.
BERDAYA TINDAK LAWAN RASA BERSALAH (2 HINGGA 6 TAHUN)
  • Pmebentukan kesedaran kendiri melalui indentifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tangunggjawab  atas tindakan  sendiri.
  • ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan 
  • identifikasi
RAJIN LAWAN RENDAH DIRI (6 HINGGA 11 TAHUN}
  • Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya,sekolah dan guru
  • pendidkan dan pembelajaran 
  • galakan perkembagan yang dinyatakandisini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir
KONSEP TEORI PERSAHABATAN
  • Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu -tahap pertama, tahap kedua, dan tahap ketiga,
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL
  • TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu:
  1. Tahap pertama :Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)
  2. Tahap kedua :Moraliti Autonomus @ kerjasama (10 - 11 tahun ke atas)
  • TEORI KOHLBERG
  1. Moraliti berkembang mengikut satu siri. ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat.
  2. membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya

Friday, November 9, 2018

SASTERA TRADISIONAL

PENGENALAN
  • Sastera Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi yang tergolong dalam prosa adalah sastera rakyat ,sastera hikayat ,sastera panji (percaya pada mimpi ,kesakitan,unsur pengembaraan ,kayangan,alam ghaib), sastera epik ( cerita wira,tokoh) , sastera sejarah , cerita nabi dan tokoh islam , sastera kitab , undang-undang ketatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional .Modul ini hanya akan mengupas mengenai sastera rakyat dan sastera hikayat yang boleh dikaitkan dengan kurikulum pendidikan prasekolah .


DEFINISI SASTERA RAKYAT
  • Menurut Haron Mat Piah (2000) , sastera rakyat adlaah hasil milik sesuatu kumpulan masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain secara lisan . Istilah sastera lisan pula seringkali disamakan pengertiannya dengan folklore.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
  • Penyebaran dan pewarisan biasanya dilakukan secara lisan 
  • Bersifat tradisional ,iaitu hidup dalam suatu kebudayaan dalam waktu tidak kirang daripada dua generasi ,dalam bentuk yang relatif tetap 
  • Kerana sifat kelisanannya sastera rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Walaubagaimanapun perbezaan versi ini berlakau hanya pada bahagian luaran , sedang dasarnya  tetap bertahan

JENIS SASTERA RAKYAT YANG BERBENTUK CERITA
  • Cerita lipur lara
  • Cerita teladan
  • Cerita jenaka
  • Cerita binatang
  • Cerita mitos
  • Cerita lagenda

Tuesday, November 6, 2018

KATEGORI SASTERA KANAK-KANAK

KATEGORI KESUSASTERAAN AWAL KANAK-KANAK
  • Puisi
  • Buku bergambar
  • Kesusasteraan tradisional
  • Fantasi moden- ultraman
  • Fiksyen realistic(Karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek , cereka , cerita yang diada-adakan )
  • Fiksyen sejarah
  • Bukan fiksyen (biografi dan buku maklumat)
  • Multi-budaya dan kesusasteraan antarabangsa


BUKU BERGAMBAR
  • Buku bergambar adalah buku yang mengandungi ilustrasi yang bukan sahaja membantu kank-kanak memahami cerita malahan ilustrasi juga dapat menyeronokan mereka. Ilustrasi bagi buku bergambar adalah bersepadu dengan cerita dalam buku tersebut.(Tomlinson 1999 dan Lynch Brown).
  • Ciri yang menonjol bagi buku bergambar ialah perkataan teks dan ilustrasi kedua-dua faktor iaitu nilai sastera bagi teks dan mutu seni bagi ilustrasi adalah sama penting . Sebuah buku bergambar yang bermutu adalah yang dapat menggabungkan teks dan ilustrasi ke dalam satu ciptaan yang dapat mengekalakan mutu yang tinggi dalam semua aspek dan integrasi artistic bagi bahagian- bahagian komponennya.Gabungan di antara kedua hal ini lah yang memberikan kesatuan dan ciri kepada buku bergambar.(Molina S.Nijhar1981) 
  • Antara jenis buku bergamabr:
         - Buku bayi
         - Buku interaktif
         - Buku berunsur mainan
         - Buku konsep
         - Buku tiada perkataan
         - Buku cerita bergambar
         - Buku bacaan mudah dan buku berpaten
         - Buku bergambar bagi pembaca yang lebih berusia
         - Buku tradisional


BUKU BAYI
  • Buku bayi adalah buku yang dalam bentuk rekaan yang mudah , menggunakan ilustrasi yang terang , tebal dan tahan untuk kegunaan kanak-kanak 0-2 tahun.

BUKU INTERAKTIF
  • Buku interaktif adalah buku bergambar yang merangsang penyertaan verbal ataupun fizikal kanak-kanak semasa buku ini dibacakan kepada mereka.(Lynch-Brown dan Tomlinson,1999)
  • Buku jenis ini akan bertanya soalan secara langsung kepada kanak-kanak, mengajak nereka untuk ikut sama menyanyikan bahasa berirama , bertepuk tangan , dan menyentuh atau mencari sesuatu di dalam ilustrasi buku.  


BUKU BERUNSUR MAIN
  • Buku berunsur main adalah buku yang berbentuk mekanikal iaitu menggunakan kertas yang boleh "pop-up","see through" dan digerak-gerakkan , diubah-ubah atau ilustrasi yang berbentuk tiga dimensi.(Lynch-Brown dan Tomlinson1999).
 BUKU KONSEP
  • Buku konsep adalah buku yang meneroka atau menerangkan sesuatu konsep , objek, aktiviti bukannya melalui bercerita.(Lynch-Brown dan Tomlinson 1999)
  • Kebanyakan buku konsep tidak mengandungi plot akan tetapi menggunakan elemen yang berulangan dalam ilustrasi dan teks bagi menyepadukan konsep yang hendak diterangkan atau diterokai oleh buku itu.

BUKU TIADA PERKATAAN
  • Buku tiada perkataan bergantung semata-mata kepada ilustrasi yang disusun berurutan bagi menerangkan sesuatu cerita .Buku ini tiada mengandungi teks ataupun teksnya hanya untuk satu atau dua muka surat sahaja .(Lynch - Brown dan Tomlinson 1999)
  • Buku tiada perkataan ini adalah untuk kanak-kanak yang prabacaan iaitu 4 ke 6 tahun .
  • Buku ini juga sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.










         

Monday, November 5, 2018

PUISI DAN LAGU

PENGENALAN
  • Secara umumnya puisi terdiri daripada pantun , syair , gurindam , seloka ,teromba nazam dan lain-lain.
  • Hanya akan menfokus kepada pantun sahaja kerana ianya lebih sesuai dengan jiwa kanak-kanak yang suakakan bunyi bahasa yang berirama dan agak mudah .
  • Kebanyakkan pantun juga banyak yang berunsur teladan dan mempunyai pendidikan moral kepada kanak-kanak .
  • Begitu juga modul ini akan memberi laluan kepada lagu kerana sememangnya kanak-kanak amat meminati lagu-lagu.

PENGENALAN KEPADA PUISI DAN LAGU 
  • Menurut buku himpunan pantun kurik-kurik ,Merah Saga (2005) ,pantun hadir dalam berbagai-bagai ruang hidup masyarakat di Malaysia.
  • Dalam konteks pendidikan awak kanak-kanak dapat kita lihat puisi dan lagu amat mempengaruhi kehidupan kanak-kanak di prasekolah . 
  • Puisi dan lagu mampu memberikan keriangan serta membantu kanak-kanak dalam prndidikan awal kanak-kanak dalam pendidikan sahsiah diri dan moral mereka.
  • Ibu dodoikan anak-anak menyanyikan bahasa berirama seperti Tepuk amai-amai dan Genggang Gamit semasa bermain dengan kanak-kanak .
  • Puisi bermaksud ialah susunan bahasa yang indah dari segi iramanya , perasaanya dan maksudnya yang mampu menarik minat pembacanya untuk menghayati keindahannya .
  • Lagu pula merupakan susunan bahasa yang berirama , diberikan rentak tertentu bagi tujuan menghiburkan kansk-kanak disamping mendidik mereka

KEPENTINGAN PUISI DAN LAGU
  • Memberikan keriangan 
  • Membantu dalam menanam keyakinan diri kepada kanak-kanak 
  • Membantu kefasihan pertuturan 
  • Melatih kemahiran mendengar 
  • Membentuk keperibafian dan akhlak kanak- kansk 

Thursday, November 1, 2018

KAEDAH BERCERITA

PENGENALAN
  • Kaedah bercerita kanak-kanak merupakan satu elemen yang penting dalam membantu kanak-kanak untuk memahami suatu konsep penceritaan .
  • Kaedah-kaedah penceritaan yang betul akan membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak.

DEFINISI KAEDAH BERCERITA
  • Abd.Aziz Abd.Talib (2000) menghuraikan teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran .
  • Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.
  • Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) menuatakan teknik bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada kanak-kanak.
  • Teknik ini amat sesuai digunakan oleh guru pada peringkat prasekolah kerana kanak-kanak pada peringkat ini amat gemar sekali mendengar cerita,terutama sekali mendengar cerita ,terutama sekali jika cerita tersebut menarik minat mereka.

FAEDAH BERCERITA
  • Manakala menurut Fenwick (1990) dan (Faziah Sulaiman 1994) menyenaraikan beberapa kemahiran yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak melalui teknik bercerita .
  • Di antara kemahiran-kemahiran yersebut ialah:
          1) Memperkembangkan kemahiran mendengar
          2) Memperkaya perbendeharaan kata
          3) Meningkatkan kemahiran membaca 
          4) Meningkatkan kemahiran bertutur 
          5) Meningkatkan sensitiviti
          6) Meningkatkan imaginasi
          7) Memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan 
          8) Menggalakkan kanak-kanak meminati alam fantasi
          9) Membawa kanak-kanak ke dalam situasi kehidupan  sebenar

TEKNIK BERCERITA
  • Di antara teknik bercerita yang boleh digunakan oleh guru-guru prasekolah yang dicadangkan adalah seperti berikut.
          1) Bercerita menggunakan buku 
          2) Penggunaan boneka
          3) Bercerita berdasarkan gambar bersiri
          4) Bercerita menggunakan bahan maujud
          5) Cerita berpandu
          6) Bercerita secara individu tanpa alat
          7) Teater bercerita
          8) Teka-teki
  • Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Buku Panduan Teknik Bercerita Pendidikan Prasekolah 1994

PENGENALAN SASTERA

PENGENALAN SASTERA KANAK-KANAK.

  • Kenyataan bersama International Reading Association dan The National Association for the Education of Young Children - IRA & NAEYC , 1998 menyatakan kebolehan membaca dan menulis adalah penting bagi kanak-kanak supaya mereka dapat hidup dengan berkesan dalam masyarakat yang semakin tinggi literasinya.
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Dewan Bahasa , 1991) pula menyatakan bahawa membaca ialah memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak denagn teliti dan memahamkan makna kandunagnnya .

DEFINISI SASTERA

  • Ciynch-Brown & Tomlinson - (1999) , sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang di tujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa . Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kank-kanak , serta  dinukilankan dalam bentuk prosa , puisi,fiksyen dan bukan fiksyen.


CIRI-CIRI SASTERA KANAK-KANAK


  • Kandunagn hendaklah bersesuaian denagn tahap perkembangan kank-kanak.
  • Memabwa kanak-kanak untuk menjiwai cerita dan keindahan yang diterapkan dalam sesuatu karya.
  • Penggunaan perkataan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk mengambarkan sesuatu perasaan , suasana dan sebagainya.
  • Bentuk ilustrasi yang cantik dan bersesuaian denagn cerita.
  • Mampu menghidupkan imaginasi dan menghiburkan .
  • Unsur kesepaduan harus wujud dalam sastera yang baik.


 KEPENTINGAN MEMBACA BUKU


  • keseronokan 
  • Imaginasi dan inspirasi
  • Memberi pengalaman baru
  • Memahami dan bersimpati
  • Memberi pengajaran.
  • Mengahrgai warisan bangsa.
  • Pendedahan terhadap keindahan bahasa dan ilustrasi .
  • Menerapkan 'emergent literacy' di kalangan kanak-kanak.
  • Kesan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak.
  • Mendengar puisi dan cerita.

HALA TUJU SASTERA KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak mendapat pendedahan terhadap bahan bacaan dan menanam minat mereka terhadap pembacaan.
  • Memastikan bahan bacaan kanak-kanak mengandungi tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...