Thursday, November 1, 2018

KAEDAH BERCERITA

PENGENALAN
  • Kaedah bercerita kanak-kanak merupakan satu elemen yang penting dalam membantu kanak-kanak untuk memahami suatu konsep penceritaan .
  • Kaedah-kaedah penceritaan yang betul akan membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak.

DEFINISI KAEDAH BERCERITA
  • Abd.Aziz Abd.Talib (2000) menghuraikan teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran .
  • Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.
  • Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) menuatakan teknik bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada kanak-kanak.
  • Teknik ini amat sesuai digunakan oleh guru pada peringkat prasekolah kerana kanak-kanak pada peringkat ini amat gemar sekali mendengar cerita,terutama sekali mendengar cerita ,terutama sekali jika cerita tersebut menarik minat mereka.

FAEDAH BERCERITA
  • Manakala menurut Fenwick (1990) dan (Faziah Sulaiman 1994) menyenaraikan beberapa kemahiran yang boleh dikuasai oleh kanak-kanak melalui teknik bercerita .
  • Di antara kemahiran-kemahiran yersebut ialah:
          1) Memperkembangkan kemahiran mendengar
          2) Memperkaya perbendeharaan kata
          3) Meningkatkan kemahiran membaca 
          4) Meningkatkan kemahiran bertutur 
          5) Meningkatkan sensitiviti
          6) Meningkatkan imaginasi
          7) Memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan 
          8) Menggalakkan kanak-kanak meminati alam fantasi
          9) Membawa kanak-kanak ke dalam situasi kehidupan  sebenar

TEKNIK BERCERITA
  • Di antara teknik bercerita yang boleh digunakan oleh guru-guru prasekolah yang dicadangkan adalah seperti berikut.
          1) Bercerita menggunakan buku 
          2) Penggunaan boneka
          3) Bercerita berdasarkan gambar bersiri
          4) Bercerita menggunakan bahan maujud
          5) Cerita berpandu
          6) Bercerita secara individu tanpa alat
          7) Teater bercerita
          8) Teka-teki
  • Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Buku Panduan Teknik Bercerita Pendidikan Prasekolah 1994

0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...