Monday, December 17, 2018

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,

   Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pelajar Batch 7 dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Ketengah . blog kami menyediakan info-info serta subjek-subjek yang dipelajari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Subjek-subjek yang kami sediakan adalah:



Pendekatan Model Montessori


MODEL MONTESSORI

      Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.  Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).



      Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian.  Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.



KAEDAH MENGAJAR

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

CIRI-CIRI BERIKUT ADALAH:
  • Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.
  • Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
  • Semua kanak-kanak ingin belajar
  • Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
  • Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
  • Semua kanak-kanak ingin berdikari.
MONTESSORI MENEKANKAN KEPADA:
  •  Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
  • Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
  • Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
MATLAMAT PENDIDIKAN MONTESSORI


Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek.  Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
  • Penumpuan
  • Kemahiran membuat pemerhatian
  • Kesedaran dan segi susunan dan urutan
  • Koordinasi                 
  • Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
  • Konsep matematik        
  • Kemahiran bahasa
  •  Kemahiran menulis dan membaca
  • Kebiasaan dari segi seni kreatif
  • Kefahaman tentang alam semulajadi
  • Pengalaman dalam memahami sains sosial          
  • Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

PENDIDIKAN MONTESSORI MERANGKUI PELBAGAI ASPEK IAITU:

PERSEKITARAN PUSAT PRASEKOLAH 

Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

  • KANAK-KANAK

Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

  • GURU

Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


  • BAHAN
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

  • KURIKULUM
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
  1. Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
  2. Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
  3. Aktiviti yang bercorak akademik.

  • AKTIVITI KEHIDUPAN(Daily Living)

Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
  1. Mengenakan butang baju
  2. Memasang tali kasut
  3. Menggilap kasut
  4. Menyikat rambut
  5. Menyiram pokok
  6. Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja


  • BAHAN DERIA(Sensorial Material)

Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
  1. Pink Tower
  2. Brown Stairs
  3. Red Rods
  4. Cylinder Block
  5. Smelling Jar
  6. Baric Tablets
  7. Latihan Mengecam Warna
  8. Sound Boxes
  9. Temperature Jugs
  10. Pelbagai Jenis Kain

























Thursday, December 6, 2018

PENGAJARAN BERKOMUNIKASI BERKESAN PADA PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK



KEMAHIRAN LISAN DALAM LITERASI DALAM AWAL KANAK-KANAK
  • Kemahiran lisan
  • Teknik pengajaran
  • Latih tubi lisan
  • Permainan bahasa
  • Masalah dalam penguasaan kemahiran lisan


KEMAHIRAN LISAN
  • Pertuturan/percakapan
  • Melibatkan kemahiran mendengar
  • Kemahiran lisan yang baik,mesti menguasai kemahiran TD



KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR

DEFINISI MENDENGAR
Mendengar adalah kemahiran paling asas pada peringkat penerimaan. Terdapat 3 perkara asas: mendengar-memahami-menilai

KONSEP MENDENGAR
  • Keupayaan mendengar dengan teliti
  • Kemasukkan input bahasa@ bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia
  • Serap makna ayat & ujaran dan diproses
  • Aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga
  • Ada tindak balas.

PROSES MENDENGAR
  • Mendengar deretan bunyi bahasa
  • Faham bunyi
  • Nilai bunyi yang didengar
  • Tindak balas terhadap bunyi

MELIBATKAN DUA PROSES PENGHASILAN DAN PENERIMAAN MESEJ

Proses pertama- melalui pertuturan
Proses kedua- pendengar kajian

Mendengar -45%
Bercakap-30%
Membaca-16%
Menulis-09%
sumber: lewis, p (1975)

Pendengaran yang baik adalah ketika ia dalam keadaan sedar dan aktif.

JENIS-JENIS MENDENGAR

1) DENGAR SECARA PASIF

  • Hanya mendengar
  • Faham dan kurang komunikasi dua hala
2) DENGAR SECARA ATTENSIF

3) DENGAR SECARA INTERAKTIF
  • Nama lain: dengar secara aktif
  • Pertutur dan pendengar berbincang.
  • Boleh mencelah ketika bercakap
4) DENGAR SECARA EMPATI
  • Merasai mendalami apa yang di sampaikan.
  • Kalau cerita yang didengar itu sedih, pendengar akan mengalirkan air matanya sekali.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

PERINGKAT AWAL
  • Cam,ajuk,pilih bunyi
  • Lakukan apa yang di suruh
  • Tindak balas pada soalan yang mudah
  • Jalankan perintah dan permintaan


PERINGKAT PERTENGAHAN
  • Kenal maklumat khusus
  • Kenal sebab dan akibat
  • Kenal hubungan orang yang berinteraksi
  • Kenal sikap dan perasaaan orang yang bercakap
  • Kesan urutan

PERINGKAT MAJU
  • Kenal isi penting
  • Cakap dengan intonansi
  • Tafsir maksud orang yang bercakap
  • Ikut aliran dialog @ perbualan
  • Cari jalan atasi masalah yang didengar
  • Tafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk bahasa

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS
  • Dalam sesi p&p jangka masa panjang,kanak-kanak memerlukan aktiviti yang dapat menarik perhatian mereka
  • Pengajaran yang melibatakan poendengaran perlulah diikiuti dengan aktiviti yang memerlukan mereka terlibat secara aktif dan produktif.
  • Dalam pengajaran bacaan dan penulisan kemahiran mendengar amat perlu bagi membantu kanak-kanak menghubungkan antara abjad dan bunyi.

MELATIH KANAK-KANAK MENURUT ARAHAN

  • Kemahiran mendengar arahan adalah salah satu kemahiran yang amat perlu bagi menguasai kemahiran membaca.
  • Pengenalpastian antara bunyi-bunyi vokal dan konsonan amat penting bagi kanak-kanak yang baru ingin belajar bahasa
  • Seseorang kanak-kanak dapat mendengar dengan baik apabila mereka dapat mempelajari bagaimana untuk membezakan antara bunyi yang mengandungi makana dan bunyi yang tidak mengandungi makna.

KEMAHIRAN BERTUTUR: KEGIATAN MELAFAZ BUNYI YANG DILAHIRKAN DARI ARTIKULASI.
  • Kaitkan aksi denganpertuturan,jawab,soalan guru,beri arahan,bual melalui telefon,bercerita pengalaman,
  • Perbahasan permainan kominkatif,forum,laporan lisan main ,peranan drama,bercerita

PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

PERINGKAT AWAL
  • Ucapan bertatasusila
  • Ajuk perkataan yang didengar
  • Menyoal soalan mudah
  • Buat ayat melaui gambar


PERINGKAT PERTENGAHAN
  • Berceritakan berdasar satu siri gambar
  • Membca iklan
  • Beri ucapan pendek dan mudah
  • Beri ulasan
  • Beri komen mudah

PERINGKAT MAJU
  • Baca puisi
  • Beri ceramah
  • Menerangkan proses
  • Beri pendapat kritik

LATIH TUBI LISAN
  • Pasangan minimal
  • Pemintal lidah
PERMAINAN BAHASA

CIRI CIRI BAHAN UNTUK PERMAINAN BAHASA

  • Bercorak belajar sendiri
  • Meluaskan pengetahuan dan pengalaman
  • Ada pemeringkatan
  • Menarik mencabar dan sesuai dengan kebolehan
  • Dijalankan secara berkumpulan @seorang

KANAK KANAK MENJALANI EMPAT FASA KETIKA MEMPELAJARI SESUATU BAHASA (HOLDAWAY,1979)

  • PEMERHATIAN
Kanak-kanak hanya memerhati shaja,mereka tidak berbual semasa pelajaran dijalankan atau ketika bermain dengan kawan-kawan


  • PENGLIBATAN
Kanak-kanak menyertai mainperanan,perbualan atau perbincangan dengan bimbingan guru


  • LATIHAN
Kanak-kanak menggunakan bahasa apabila diberikan peluang oleh guru dalam main peranan,perbincangan kumpulan besar atau sesi tunjuk dan ujar


  • PENGGUNAAN
Kanak-kanak berasa yakin dan secara sendiri menggunakan bahasa dengan orang lain untuk menyampaikan pandangan


MASALAH DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN LISAN 

  1. Kecerdasan
  2. Kesihatan
  3. Fizikal
  4. Persekitaran
  5. Jantina
  6. Gangguan dwibahasa











Wednesday, December 5, 2018

KEMAHIRAN DALAM LITERASI AWAL KANAK-KANAK

KEMAHIRAN MEMBACA DALAM LITERASI AWAL KANAK-KANAK


  • Masalah-masalah dalam menguasai kemahiran membaca
  • Faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca
  • Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pendidikan awal kanak-kanak
  • Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pelajar
  • Peringkat kefahaman untuk pendidikan awal kanak-kanak

PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


  • Prabacaan
  • Bacaan mekanis
  • Bacaan mentalis
  • Bacaan intensif
  • Bacaan ekstensif/meluas
  • Skimming
  • Scanning

PRABACAAN


  • Membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah
  • Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah: 

  1. Mengenal gambar yang berlainan 
  2. Mengenal bentuk yang berlainan

  • Aktiviti yang mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran
  • Tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf

BACAAN MEKANIS


  • Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul,membaca mengikut intonasi,nada dan tekanan yang betul
  • Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran

BACAAN MENTALIS


  • Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap
  • Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan,sementara aspek-aspek sebutan,nada,tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini

BACAAN INTENSIF


  • Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembagkan kebolehan dalam meneliti,memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat
  • Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid


KAEDAH ABJAD


  • Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya
  • Murid-murid diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama huruf-huruf yang terkandung di dalam satu-satu perkataan
  • Mengikut kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26abjad dari A hingga Z
  • Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya

KAEDAH SUKU KATA


  • Mengeja suku kata perkataan bermakna
  • Bermula dengan dua suku kata (KV+KV)
  • Dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK)
  • Menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV)





Monday, December 3, 2018

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF

TEORI DAN MODEL PEMEROLEHAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
  • Pemerolehan bahasa adalah secara semula jadi atau innate.
  • Noam chomsky (1980an) mengatakan kanak-kanak memperoleh bahasa terutama bahasa ibunda secara semula jadi kerana manusia dianugerahkan dengan organ pertuturan dan prinsip asas bagaimana bahasa itu distrukturkan dan dibantu dengan prosedur melengkap sesuatu percakapan.
  • Golongan Behaviorisme mengaitkan interaksi tingkah laku dengan pembelajaran bahasa, Tingkah laku meniru dan mengulang-ulang perkataan yang didengarnya sehingga sehingga sebati menjadi pegangan kepada kumpulan ini.  

TEORI NATIVIS (terbina dalam minda) Chomsky

  • Golongan Nativis percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semula jadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa.
  • Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak akan menguasai bahasa seperti mereka menguasai kemahiran kemahiran merangkak,kemudian berlatih dan akhirnya berjalan.
  • Ahli teori Nativis juga menegaskan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses sosial yang dilakukan oleh manusia.
  • Penguasaan bahasa ialah satu proses berterusan dan tidak ada batasnya.
  • Secara semula jadi manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat yang terdapat sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka.Alat ini dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa (APB) (Vygotsky , 1975).
  • Ahli teori Nativis memang banyak mempengaruhi ahli teori bahasa yang lain dalam menjelaskan fenomena penguasaan bahasa manusia dan asas teori ini banyak digunakan dalam disiplin pendidikan bahasa. 

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (piaget)

  • Ahli sains kognitif yang telah berkembangan pada awal abad ke-20 telah banyak mempengaruhi disiplin ilmu yang dikaji dan dipelajari dalam pelbagai institusi pendidikan. Pengaruh sains kognitif juga telah memberikan impak yang besar terhadap pengetahuan kita tentang perkembangan bahasa awal kanak-kanak.
  • Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif ini berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa berperingkat-peringkat dan setiap peringkat harus dilalui dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya. Manusia tidak menguasai bahasa secara semula jadi tetapi mereka mempelajarinya secara berperingkat-peringkat ini. 


KONSEP "Sokongan" Vygotsky
  •          Kanak-kanak mempelajari bahasa secara meniru atau mengulangi apa yang didengar atau dialaminya sepanjang hayatnya.  
  •          Konsep "sokongan" yang disarankan oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak perlu menerima sokongan daripada orang dewasa bagi menguasai kemahiran asas berbahasa percaya bahawa kanak-kanak akan dapat memikul beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang dewasa.

PROSES PENGUASAAN BAHASA HALIDAY

  •         Konsep ini menegaskan bagaimana seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka menerusi pembelajaran, bukan menerusi proses semula jadi semata-mata. Konsep ini juga menegaskan bagi memperkayakan keupayaan bahasa kanak-kanak,mereka perlu mendapat banyak pendedahan dan latihan yang berterusan dan bermakna.
  •          Dalam proses ini mereka akan melakukan pelbagai kesilapan dan melakukan pelbagai kesilapan dan membuat pembetulan terhadap kesilapan inilah mereka dapat menguasai bentuk bahasa yang betul.
  •         Haliday, seorang ahli lingquistik Inggeris berpendapat penguasaan bahasa apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa yang batul menerusi kemampuannya membuat penelahan.
AKTIVITI UNTUK MINGGU HADAPAN

  •         Bawa buku cerita ringkas sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-6 taahun.
  •        Pada minggu hadapan kita akan baca buku cerita dengan intonasi yang sesuai dengan kanak-kanak.
  •        Pastikan buku cerita mempunyai jalan cerita. 









PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...