Tuesday, November 6, 2018

KATEGORI SASTERA KANAK-KANAK

KATEGORI KESUSASTERAAN AWAL KANAK-KANAK
  • Puisi
  • Buku bergambar
  • Kesusasteraan tradisional
  • Fantasi moden- ultraman
  • Fiksyen realistic(Karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek , cereka , cerita yang diada-adakan )
  • Fiksyen sejarah
  • Bukan fiksyen (biografi dan buku maklumat)
  • Multi-budaya dan kesusasteraan antarabangsa


BUKU BERGAMBAR
  • Buku bergambar adalah buku yang mengandungi ilustrasi yang bukan sahaja membantu kank-kanak memahami cerita malahan ilustrasi juga dapat menyeronokan mereka. Ilustrasi bagi buku bergambar adalah bersepadu dengan cerita dalam buku tersebut.(Tomlinson 1999 dan Lynch Brown).
  • Ciri yang menonjol bagi buku bergambar ialah perkataan teks dan ilustrasi kedua-dua faktor iaitu nilai sastera bagi teks dan mutu seni bagi ilustrasi adalah sama penting . Sebuah buku bergambar yang bermutu adalah yang dapat menggabungkan teks dan ilustrasi ke dalam satu ciptaan yang dapat mengekalakan mutu yang tinggi dalam semua aspek dan integrasi artistic bagi bahagian- bahagian komponennya.Gabungan di antara kedua hal ini lah yang memberikan kesatuan dan ciri kepada buku bergambar.(Molina S.Nijhar1981) 
  • Antara jenis buku bergamabr:
         - Buku bayi
         - Buku interaktif
         - Buku berunsur mainan
         - Buku konsep
         - Buku tiada perkataan
         - Buku cerita bergambar
         - Buku bacaan mudah dan buku berpaten
         - Buku bergambar bagi pembaca yang lebih berusia
         - Buku tradisional


BUKU BAYI
  • Buku bayi adalah buku yang dalam bentuk rekaan yang mudah , menggunakan ilustrasi yang terang , tebal dan tahan untuk kegunaan kanak-kanak 0-2 tahun.

BUKU INTERAKTIF
  • Buku interaktif adalah buku bergambar yang merangsang penyertaan verbal ataupun fizikal kanak-kanak semasa buku ini dibacakan kepada mereka.(Lynch-Brown dan Tomlinson,1999)
  • Buku jenis ini akan bertanya soalan secara langsung kepada kanak-kanak, mengajak nereka untuk ikut sama menyanyikan bahasa berirama , bertepuk tangan , dan menyentuh atau mencari sesuatu di dalam ilustrasi buku.  


BUKU BERUNSUR MAIN
  • Buku berunsur main adalah buku yang berbentuk mekanikal iaitu menggunakan kertas yang boleh "pop-up","see through" dan digerak-gerakkan , diubah-ubah atau ilustrasi yang berbentuk tiga dimensi.(Lynch-Brown dan Tomlinson1999).
 BUKU KONSEP
  • Buku konsep adalah buku yang meneroka atau menerangkan sesuatu konsep , objek, aktiviti bukannya melalui bercerita.(Lynch-Brown dan Tomlinson 1999)
  • Kebanyakan buku konsep tidak mengandungi plot akan tetapi menggunakan elemen yang berulangan dalam ilustrasi dan teks bagi menyepadukan konsep yang hendak diterangkan atau diterokai oleh buku itu.

BUKU TIADA PERKATAAN
  • Buku tiada perkataan bergantung semata-mata kepada ilustrasi yang disusun berurutan bagi menerangkan sesuatu cerita .Buku ini tiada mengandungi teks ataupun teksnya hanya untuk satu atau dua muka surat sahaja .(Lynch - Brown dan Tomlinson 1999)
  • Buku tiada perkataan ini adalah untuk kanak-kanak yang prabacaan iaitu 4 ke 6 tahun .
  • Buku ini juga sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.










         

0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...