Friday, November 9, 2018

SASTERA TRADISIONAL

PENGENALAN
  • Sastera Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi yang tergolong dalam prosa adalah sastera rakyat ,sastera hikayat ,sastera panji (percaya pada mimpi ,kesakitan,unsur pengembaraan ,kayangan,alam ghaib), sastera epik ( cerita wira,tokoh) , sastera sejarah , cerita nabi dan tokoh islam , sastera kitab , undang-undang ketatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional .Modul ini hanya akan mengupas mengenai sastera rakyat dan sastera hikayat yang boleh dikaitkan dengan kurikulum pendidikan prasekolah .


DEFINISI SASTERA RAKYAT
  • Menurut Haron Mat Piah (2000) , sastera rakyat adlaah hasil milik sesuatu kumpulan masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain secara lisan . Istilah sastera lisan pula seringkali disamakan pengertiannya dengan folklore.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
  • Penyebaran dan pewarisan biasanya dilakukan secara lisan 
  • Bersifat tradisional ,iaitu hidup dalam suatu kebudayaan dalam waktu tidak kirang daripada dua generasi ,dalam bentuk yang relatif tetap 
  • Kerana sifat kelisanannya sastera rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Walaubagaimanapun perbezaan versi ini berlakau hanya pada bahagian luaran , sedang dasarnya  tetap bertahan

JENIS SASTERA RAKYAT YANG BERBENTUK CERITA
  • Cerita lipur lara
  • Cerita teladan
  • Cerita jenaka
  • Cerita binatang
  • Cerita mitos
  • Cerita lagenda

0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...