Monday, October 29, 2018

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

 DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989): Merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).
  • Robert M.Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan sesoarang yang dapat dikekalkan, tidak termaksuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.
  • Menurut Noriati A. Rashid et.al (2009) : responsif membawa maksud tindakbalas reaksi terhadap sesuatu perkara.
  • Persekitaran pembelajaran yang responsif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.   

 KONSEP PERSEKITARAN
  • Fizikal 
  • Sosial
  • Emosi                                 
 PERSEKITARAN FIZIKAL
  • Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan p&p bilik darjah. 
  •  Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam proses p&p.
  • Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk  fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan,pengudaraan dan perabot serta kebersihan.
  • Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan p&p secara tidak langsung.
  • Aspek ini merangkumi bentuk bangunan,pokok dan bungaan serta kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan.
  • Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersh dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. 
ASPEK-ASPEK PERSEKITARAN FIZIKAL

  1. Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah.
  2. Sumber bahan pembelajaran.
  3. Ruang atau sudut pembelajaran.
  4. Ruang pada dinding.
  5. Pencahayaan, pengudaraan dan perabot.
  6. Kebersihan.
 PERSEKITARAN SOSIAL

  • Sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
  • Persekitaran psikososial yng sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid.

 PERSEKITARAN EMOSI

  • Merujuk kepada suasana perasaan yang dialami oleh seorang individu.
  • emosi membawa maksud perasaan dikeluarkan oleh seseoran dengan menunjukkan reaksi gembira,ceria dan sebagainya.
DEFINISI RESPONSIF

  • Responsif merupakan tindak balas individu atau kumpulan terhadap sesuatu seperti suasana, ruang, dan sebagainya.
  • Responsif terhadap persekitaran adalah merujuk kepada individu memberikan reaksi mereka terhadap persekitaran yang didiami.
CIRI-CIRI PERSEKITARAN YANG RESPONSIF

  • Hubungan yang saling hormat-menghormati diantara guru dengan murid-muridnya.
  • kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
  • Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.











0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...