Monday, November 12, 2018

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK



KONSEP PERKEMBANGAN SOSIAL
  • Teori-teori perkembangan sosial 
  • Teori perkembangan sosial Erikson
  • pandangan behavioris: peniruan dan modelling (Bandura)
  • pandangan konstruktivis: kognisi sosial(piaget,vygotsky)
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
  • Fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.
  • penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid serta mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.
  • perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
  • kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
  • keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,keperluan dan menghormati pandangan orang lain.
  • membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
  • kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan,ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang.
  • sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlalauan tidak baik dipandang oleh masyarakat.
SOSIO-EMOSI
  • dua perkataan iaitu sosial dan emosi 
  • kamus pelajar Edisi pertama -sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
  • kamus Dewan Edisi ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakat.
  • perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
  • terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,pembentukan kendiri,penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. "identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri"(Lewis,1995;Lewis & Books- Gunn,1979).

EMOSI
  • Emosi berasal daripada perkataan G reek iaitu "emovere" yang membawa maksud "untuk keluar"
  • satu perasaan afektif /berkesan yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
  • ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada persaan emosi
AHLI PSIKOLOGI DAN FISIOLOGI BERPENDAPAT:
  • Emosi melibatkan perasaan,gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi.
  • datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira,sedih,takut marah dan lain-lain.
  • tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dsan emosi negatif pula adalah seperti marah,sedih,kecewa, dan lain-lain.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
  1. Bandura 
  • menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan.
  • berpendapat kanak-kanak meniru tingfkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.
  • cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepda apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat,cara yang paling mendatangkan kepuasaan dan yang telah  dipelajarinya untuk mendapatkan ssesuatu dengan paling mudah dan cepat.
TEORI ERIK ERIKSON
  • menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu -individu di persekitaran kanak-kanak.
  • personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial
  1. IMAN AL GHAZALI
  • Akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan,perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran.
  • ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam  diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirakan  perlakuan  atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu.
  • anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan,perinsip murabaqah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan.
PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
  • Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesustau masyarakat serta budaya
  • melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
  • dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan indentifakasi, aktiviti bermain,perkembangan kognisi sosial,persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
PROSES SOSIOLISASI
  • kanak-kanak mempelajari tradisi,kepercayaan,nilai, dan adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka.
  • mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalakan oleh sesuatu kumpulan sosial.
  • -misalnya ,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
  • ditentukan oleh konteks budaya.
  • tingkah laku sosial bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
  • namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL
  1. Erik Erikson
-Teori perkembangan psikososial Erikson
  • menerangkan perkembangan sosial manusia  sebagai satu siri  perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik
  • individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.
PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBNAGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

AUTONOMI LAWAN KERAGUAN (1 HINGGA 3 TAHUN)
  • kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air,memakai kasut dan sebagainya
  • kanak-kanak diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepda dirinya.
INISIATIF LAWAN RASA BERASA BERSALAH (4 HINGGA 6 TAHUN)
  • kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru, mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.
  • sokongan yang diberi akan mengalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak.kanak- kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.
BERDAYA TINDAK LAWAN RASA BERSALAH (2 HINGGA 6 TAHUN)
  • Pmebentukan kesedaran kendiri melalui indentifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tangunggjawab  atas tindakan  sendiri.
  • ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan 
  • identifikasi
RAJIN LAWAN RENDAH DIRI (6 HINGGA 11 TAHUN}
  • Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya,sekolah dan guru
  • pendidkan dan pembelajaran 
  • galakan perkembagan yang dinyatakandisini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir
KONSEP TEORI PERSAHABATAN
  • Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu -tahap pertama, tahap kedua, dan tahap ketiga,
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL
  • TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu:
  1. Tahap pertama :Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)
  2. Tahap kedua :Moraliti Autonomus @ kerjasama (10 - 11 tahun ke atas)
  • TEORI KOHLBERG
  1. Moraliti berkembang mengikut satu siri. ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat.
  2. membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya

1 comments:

Unknown said...

apa aktiviti pdp yang sesuai utk pembeljaran berkaitan dengan sosioemosi pljar ye?

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...