KEMAHIRAN MEMBACA DALAM LITERASI AWAL KANAK-KANAK
- Masalah-masalah dalam menguasai kemahiran membaca
- Faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca
- Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pendidikan awal kanak-kanak
- Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pelajar
- Peringkat kefahaman untuk pendidikan awal kanak-kanak
PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
- Prabacaan
- Bacaan mekanis
- Bacaan mentalis
- Bacaan intensif
- Bacaan ekstensif/meluas
- Skimming
- Scanning
PRABACAAN
- Membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah
- Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah:
- Mengenal gambar yang berlainan
- Mengenal bentuk yang berlainan
- Aktiviti yang mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran
- Tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf
BACAAN MEKANIS
- Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul,membaca mengikut intonasi,nada dan tekanan yang betul
- Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran
BACAAN MENTALIS
- Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap
- Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan,sementara aspek-aspek sebutan,nada,tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini
BACAAN INTENSIF
- Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembagkan kebolehan dalam meneliti,memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat
- Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid
KAEDAH ABJAD
- Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya
- Murid-murid diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama huruf-huruf yang terkandung di dalam satu-satu perkataan
- Mengikut kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26abjad dari A hingga Z
- Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya
KAEDAH SUKU KATA
- Mengeja suku kata perkataan bermakna
- Bermula dengan dua suku kata (KV+KV)
- Dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK)
- Menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV)
0 comments:
Post a Comment