MODEL MONTESSORI
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini
boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa
dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
Model Montessori dalam pendidikan awal
kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita
pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau
telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk
kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau
telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju
dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep
kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal,
ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor
awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan
keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang
merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan
itard untuk penilaian. Seperti Piaget,
teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan
peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar.
Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget
dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru
berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.
KAEDAH MENGAJAR
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh
Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun
mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris
et al., 2009).
CIRI-CIRI BERIKUT ADALAH:
- Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”.
- Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
- Semua kanak-kanak ingin belajar
- Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
- Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
- Semua kanak-kanak ingin berdikari.
MONTESSORI MENEKANKAN KEPADA:
- Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
- Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
- Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.
MATLAMAT PENDIDIKAN MONTESSORI
Matlamat pendidikan Montessori yang
terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek
fizikal, sosial, emosi dan intelek.
Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun
1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk
memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :
- Penumpuan
- Kemahiran membuat pemerhatian
- Kesedaran dan segi susunan dan urutan
- Koordinasi
- Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
- Konsep matematik
- Kemahiran bahasa
- Kemahiran menulis dan membaca
- Kebiasaan dari segi seni kreatif
- Kefahaman tentang alam semulajadi
- Pengalaman dalam memahami sains sosial
- Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah
PENDIDIKAN MONTESSORI MERANGKUI PELBAGAI ASPEK IAITU:
PERSEKITARAN PUSAT PRASEKOLAH
Suasana persekitaran pendidikan Montessori
haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas
serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan
suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki
basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka,
bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat
mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah
Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor
Nurulhayati Aris et al., 2009).
- KANAK-KANAK
Berdasarkan kepada aktiviti individu,
kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang
berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka
sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak
mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak
yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru
rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
- GURU
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru
memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat
demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau
bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti
ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori
mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat
ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).
- BAHAN
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya
didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting).
Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah
kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti
bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et
al., 2009).
- KURIKULUM
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya
ialah :
- Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
- Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
- Aktiviti yang bercorak akademik.
- AKTIVITI KEHIDUPAN(Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
- Mengenakan butang baju
- Memasang tali kasut
- Menggilap kasut
- Menyikat rambut
- Menyiram pokok
- Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja
- BAHAN DERIA(Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran
kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
- Pink Tower
- Brown Stairs
- Red Rods
- Cylinder Block
- Smelling Jar
- Baric Tablets
- Latihan Mengecam Warna
- Sound Boxes
- Temperature Jugs
- Pelbagai Jenis Kain
0 comments:
Post a Comment