Sunday, December 2, 2018

PENGENALAN BAHASA AWAL KANAK-KANAK


DEFINISI BAHASA
    • Bahasa ialah satu sistem perhubungan suara antara manusia yang dikuasai secara semula jadi bagi mereka yang berkeadaan normal.
    • Bahasa ialah satu sistem komunikasi yang terdiri daripada bunyi , perkataan , dunia bahasa , atau sistem komunikasi yang digunakan oleh orang di sesebuah negara atau profesion.
    • Bahasa hanya dapat dikuasai oleh manusia menerusi alat pertuturan .
    • kanak-kanak normal dapat menghasulkan bunyi-bunyi bahasa seawal usia 3 bulan.
    • Penguasaan bahasa awal kanak-kanak ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat.
    • Peringkat awal kanak-kanak akan menguasai bunyi-bunyi bahasa asas.
    • Peringkat selanjutnya kanak-kanak akan menguasai hukum atau tatabahasa bahasa  ibunda mereka secara alamiah.
  BAGAIMANA BAHASA DIKUASAI OLEH MANUSIA
  •    Kerongkong dan peti suara
  •    Otak manusia juga membolehkan mereka berkata-kata dan memproses kata-kata dalam bentukyang tersusun.  
  •    Memberikan respons terhadap sesuatu rangsangan bahasa secara spontan.


BUNYI BAHASA YANG AWAL
  •     Tangisan lapar – tangisan yang berlaku secara konsisten apabila seseorang bayi atau kanak-kanak memerlukan susu atau mkaanan. Tagisan akan berhenti apabila bayi disuapkan dengan minuman atau makanan yang biasa baginya.
  •     Tangisan sakit – tangisan yang berlaku secara lantang dan berterusan walaupun dibelai atau dipujuk. Bayi akan berjaga kerana penderitaan oleh kerana kesakitan yang dialaminya. Tangisan akan hanya berhenti sekiranya bayi diberikan ubat dan tertidur semula
  •     Tangisan tidak selesa – tangisan ketika bayi dalam keadaan basah, kotor, cuaca terlalu panas atau sejuk, bunyi bising atau tidak ada sesiapa di sekitarnya. Tangisan ini mudah dihentikan apabila lampin aau pakaian ditukarkan, dibersihkan, atau dialih ke tempat yang lebih selesa.

    TAHAP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
      Lahir   = Menangis
           1         = Senyum/mengagah
           3         = Dekutan (bunyi vokal yang berterusan )
           5         = Membuih (bayi meletakkan lidahnya antara bibir dan menghasilkan bunyi dan buih)
           6         = Membebel (pengulanagn bunyi konsonan)
           8         = Dada/mama( belum jelas)
          10        = Dada/mama(jelas)
          11        = Satu perkataan - mulai mempelajari perkataan pertama yang bermakna
          12        = Dapat mengenal pasti intonasi 
          24        = Ayat pertama pengucapan pendek dan perbendaharaan kata terhad
          24-60  = Lebih dua tahun ke atas telah mula berkomunikasi dengan orang dewasa dengan
                        berkesan 
          60       = Pada usia ini mereka mula belajar menguasai tatabahasa secara konkrit menerusi         
                       pertuturan orang yang rapat dengannya .
                          
    KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA
    Waktu kritikal
    - 0-3 tahun : Serapa bahasa di persekitaran dengan cara tidak langsung .
    - 3-8 tahun : Menggunakan bahasa/bertutur

    Peranan ibubapa
    - Program bahasa diamalkan dirumah

    Faktor persekitaran
    - Biologikal ibubapa sebagai model hubungan komunikasi dua hala




    0 comments:

    Post a Comment

    PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...