Wednesday, December 5, 2018

KEMAHIRAN DALAM LITERASI AWAL KANAK-KANAK

KEMAHIRAN MEMBACA DALAM LITERASI AWAL KANAK-KANAK


  • Masalah-masalah dalam menguasai kemahiran membaca
  • Faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca
  • Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pendidikan awal kanak-kanak
  • Kaedah/pendekatan/teknik membaca untuk pelajar
  • Peringkat kefahaman untuk pendidikan awal kanak-kanak

PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


  • Prabacaan
  • Bacaan mekanis
  • Bacaan mentalis
  • Bacaan intensif
  • Bacaan ekstensif/meluas
  • Skimming
  • Scanning

PRABACAAN


  • Membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah
  • Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah: 

  1. Mengenal gambar yang berlainan 
  2. Mengenal bentuk yang berlainan

  • Aktiviti yang mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran
  • Tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf

BACAAN MEKANIS


  • Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul,membaca mengikut intonasi,nada dan tekanan yang betul
  • Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran

BACAAN MENTALIS


  • Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap
  • Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan,sementara aspek-aspek sebutan,nada,tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini

BACAAN INTENSIF


  • Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembagkan kebolehan dalam meneliti,memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat
  • Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid


KAEDAH ABJAD


  • Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya
  • Murid-murid diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama huruf-huruf yang terkandung di dalam satu-satu perkataan
  • Mengikut kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26abjad dari A hingga Z
  • Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya

KAEDAH SUKU KATA


  • Mengeja suku kata perkataan bermakna
  • Bermula dengan dua suku kata (KV+KV)
  • Dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK)
  • Menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV)





0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...