Monday, December 3, 2018

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF

TEORI DAN MODEL PEMEROLEHAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
  • Pemerolehan bahasa adalah secara semula jadi atau innate.
  • Noam chomsky (1980an) mengatakan kanak-kanak memperoleh bahasa terutama bahasa ibunda secara semula jadi kerana manusia dianugerahkan dengan organ pertuturan dan prinsip asas bagaimana bahasa itu distrukturkan dan dibantu dengan prosedur melengkap sesuatu percakapan.
  • Golongan Behaviorisme mengaitkan interaksi tingkah laku dengan pembelajaran bahasa, Tingkah laku meniru dan mengulang-ulang perkataan yang didengarnya sehingga sehingga sebati menjadi pegangan kepada kumpulan ini.  

TEORI NATIVIS (terbina dalam minda) Chomsky

  • Golongan Nativis percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semula jadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa.
  • Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak akan menguasai bahasa seperti mereka menguasai kemahiran kemahiran merangkak,kemudian berlatih dan akhirnya berjalan.
  • Ahli teori Nativis juga menegaskan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses sosial yang dilakukan oleh manusia.
  • Penguasaan bahasa ialah satu proses berterusan dan tidak ada batasnya.
  • Secara semula jadi manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat yang terdapat sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka.Alat ini dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa (APB) (Vygotsky , 1975).
  • Ahli teori Nativis memang banyak mempengaruhi ahli teori bahasa yang lain dalam menjelaskan fenomena penguasaan bahasa manusia dan asas teori ini banyak digunakan dalam disiplin pendidikan bahasa. 

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (piaget)

  • Ahli sains kognitif yang telah berkembangan pada awal abad ke-20 telah banyak mempengaruhi disiplin ilmu yang dikaji dan dipelajari dalam pelbagai institusi pendidikan. Pengaruh sains kognitif juga telah memberikan impak yang besar terhadap pengetahuan kita tentang perkembangan bahasa awal kanak-kanak.
  • Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif ini berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa berperingkat-peringkat dan setiap peringkat harus dilalui dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya. Manusia tidak menguasai bahasa secara semula jadi tetapi mereka mempelajarinya secara berperingkat-peringkat ini. 


KONSEP "Sokongan" Vygotsky
  •          Kanak-kanak mempelajari bahasa secara meniru atau mengulangi apa yang didengar atau dialaminya sepanjang hayatnya.  
  •          Konsep "sokongan" yang disarankan oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak perlu menerima sokongan daripada orang dewasa bagi menguasai kemahiran asas berbahasa percaya bahawa kanak-kanak akan dapat memikul beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang dewasa.

PROSES PENGUASAAN BAHASA HALIDAY

  •         Konsep ini menegaskan bagaimana seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka menerusi pembelajaran, bukan menerusi proses semula jadi semata-mata. Konsep ini juga menegaskan bagi memperkayakan keupayaan bahasa kanak-kanak,mereka perlu mendapat banyak pendedahan dan latihan yang berterusan dan bermakna.
  •          Dalam proses ini mereka akan melakukan pelbagai kesilapan dan melakukan pelbagai kesilapan dan membuat pembetulan terhadap kesilapan inilah mereka dapat menguasai bentuk bahasa yang betul.
  •         Haliday, seorang ahli lingquistik Inggeris berpendapat penguasaan bahasa apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa yang batul menerusi kemampuannya membuat penelahan.
AKTIVITI UNTUK MINGGU HADAPAN

  •         Bawa buku cerita ringkas sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-6 taahun.
  •        Pada minggu hadapan kita akan baca buku cerita dengan intonasi yang sesuai dengan kanak-kanak.
  •        Pastikan buku cerita mempunyai jalan cerita. 









0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...