Tuesday, October 30, 2018

PERSEKITARAN FIZIKAL PENGURUSAN RUANG

DEFINISI PENGURUSAN RUANG
  • Pengurusan ruang merupakan salah satu tugas guru menyusun atur bilik darjah.
  • Susun atur peralatan dan pelbagai bahan didalam bangunan yang menjamin keselamatan dan kebersihan.
  • Ruang tersebut ialah ruang lantai,ruang dinding,ruang rak , ruang almari dan kabinet , serta ruang suasana. 


RUANG LANTAI
  • Perkara yang pertama guru perlu lakukan ialah membuat keputusan menyusun aktiviti secara individu atau kumpulan kecil.
  • Guru perlu memikirkan kedudukan murid yang melibatkan susunan kerusi.
  • Beberapa susunan boleh dibuat bergantung kepada gaya pengajaran guru.


RUANG DINDING
  • Papan tulis dan papan kenyataan merupakan paling penting dalam bilik darjah.
  • sering digunakan guru untuk : mencatat isi pelajaran , Pamer tugasan, kosa kata,.peraturan kelas, poster, carta, hasil kerja murid, dan pelbagai maklumat pembelajaran
  • Dihias dengan baik
  • Susun maklumat dengan kemas dan teratur 
  • Boleh mendapatkan kerjasama murid untuk menghias

 RUANG RAK
  • Rak-rak yang terlekat pada dinding.
  • Hiaskan rak tersebut.
  • Susun barang diatas rak dengan teratur.
  • Pastikan tidak bercampur barang yang disusun.
  • Jangan terlalu penuh.

RUANG ALMARI DAN KABINET
  • Diperlukan untuk menyimpan pelbagai barang.
  • Digunakan sama oleh guru dan murid.
  • Almari dan kabinet perlu dikunci.
  • Bahagian atas boleh diletakkan projek 3D, glob dan sebagainya.
  • Elakkan meletakkan barang yang berkaca dan berat.

RUANG SUASANA
  • Merujuk kepada kesan yang tidak berwujuk dalam bentuk material.
  1. Nilai estetik
  2. Keselesaan
  3. Keselamatan
  4. Rasa senang

KEPENTINGAN PENGURUSAN RUANG PERSEKITARAN 
PEMBELAJARAN
  • Memastikan keselamatan murid.
  • Menggalakkan persekitaran pembelajaran efektif.
  • Mewujudkan suasana saling menghormati dan penyayang.
  • Menyediakan murid untuk menghadapi keadaan dunia sebenar.  

MODEL PENGURUSAN 5 S
  1. Sisih
  2. Susun
  3. Sapu
  4. Seragam
  5. Sentiasa amal

0 comments:

Post a Comment

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Salam dari admin 😍,    Bismillahirahmanirrahim. Selamat datang ke blog Anak Pintar. blog kami dikendalikan oleh seramai 5 orang pela...